Monday, December 12, 2011

OPS Tahun Baru 2012:Operasi Hisbah Terus Giat Dijalankan


Kaherah, 12 Disember 2011 : Satu perjumpaan di antara Unit Operasi Hisbah Pusat dan cawangan telah diadakan semalam di rumah Pulau Pinang, Hayyu Sabi’e pada jam 1.00 petang. Ia bertujuan bagi membincangkan berkenaan kes-kes yang telah berlaku melibatkan mahasiswa-mahasiswi yang berada di Mesir. Dalam pertemuan tersebut. beberapa laporan telah dikemukakan daripada setiap BKAN dan DPM. Turut hadir, Ustazah Nurul Hasanah binti Yahuza , Naib Pengerusi HEWI II merangkap Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI PMRAM 2011, Pengarah Hisbah dan Timbalan Pengarah II Hisbah PMRAM 2011.



Menurut Ustaz Mohammad Adlly, Ketua Unit Operasi Pusat, dalam tempoh sekarang, terdapat banyak kes yang dilaporkan melibatkan mahasiswa dan warga tempatan. Antara kes yang kerap berlaku ialah rompakan, peras ugut, gangguan seksual dan cubaan culik.


Faktor utama kes-kes berkenaan semakin meningkat adalah disebabkan keadaan politik Mesir yang kurang stabil dan penguatkuasaan yang lemah dari pihak keselamatan. Oleh yang demikian, pihak Unit Operasi Hisbah akan sentiasa menjalankan rondaan bagi memastikan keadaan mahasiswa/mahasiswi terjaga. Budaya keluar malam tanpa musyrif terutamanya di peringkat mahasiswi mestilah dibendung bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Oleh yang demikian, pihak mahasiswa/mahasiswi digesa supaya mematuhi pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan PMRAM.


Pada akhir pertemuan tersebut, Ustazah Nurul Hasanah turut mengingatkan kepada semua ahli jawatankuasa unit operasi supaya sentiasa melaksanakan tugas hisbah dengan baik walaupun musim peperiksaan bakal bermula. Ini kerana tugas hisbah merupakan satu tuntutan mulia dan jika dilaksanakan dengan ikhlas maka akan mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T. Selain itu, beliau menegaskan bahawa tugas hisbah bukan sahaja terpundak di bahu mereka yang mempunyai jawatan, bahkan ianya merupakan tanggungjawab bersama. Ini kerana tujuan utama manusia di ciptakan oleh Allah di muka bumi adalah untuk melaksanakan perintah Allah, termasuk menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"HISBAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Wednesday, November 16, 2011

Amar Makruf & Nahi Munkar Kewajipan Bersama

Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar kerana ia merupakan pengukur keimanan seseorang, faktor penentu ciri umat yang terbaik dan penjamin kepada kesejahteraan umat keseluruhannya. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan tanggungjawab semua orang beriman mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Penjelasan:

Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan ukuran keimanan seseorang:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan,

setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;

mereka menyuruh yang ma’ruf dan melarang yang mungkar;

dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.

Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[al-Taubah 9:71]

Juga berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,

hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya.

Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.

Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya),

yang sedemikian adalah selemah-lemah iman.[1]

Sebaliknya melarang yang ma’ruf dan menyuruh yang mungkar adalah ciri-ciri orang munafik:

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain;

mereka masing-masing menyuruh yang mungkar dan melarang yang ma’ruf,

dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut).

Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah

dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu,

merekalah orang-orang yang fasik.

[al-Taubah 9:67]

Melaksanakan Amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan faktor penentu ciri umat terbaik, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,

(kerana) kamu menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada melakukan kemungkaran,

serta kamu pula beriman kepada Allah.

[Ali Imran 3:110]

Melaksanakan Amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan penjamin kepada kesejahteraan umat keseluruhannya, berdasarkan hadis:

Perumpamaan orang yang menegakkan perintah Allah

(Amar ma’ruf dan Nahi mungkar termasuk perintah Allah) dan orang yang jatuh ke dalam larangan Allah

ialah seperti satu kaum yang mengundi untuk mendapat tempat di dalam sebuah kapal.

Sebahagian daripada mereka mendapat tempat di tingkat atas manakala sebahagian lagi pada tingkat bawah.

(Ketika dalam pelayaran), apabila orang di tingkat bawah inginkan air,

mereka terpaksa pergi meminta kepada orang yang berada pada tingkat atas.

Lalu mereka (yang berada di tingkat bawah) berkata:

“Jika kita membuat lubang pada tingkat ini nescaya kita tidak perlu lagi meminta daripada orang di atas kita.”

Jika (mereka yang berada di tingkat atas) membiarkan mereka (orang di tingkat bawah)

melakukan apa yang mereka hendaki (melubangkan kapal),

pasti semuanya akan musnah (tenggelam).

Sebaliknya jika mereka (yang berada di tingkat atas) menahan dengan tangan mereka

(rancangan melubangkan kapal), pasti mereka (yang di tingkat atas) akan selamat

dan akan selamat juga semuanya (termasuk di tingkat bawah).[2]

STRATEGI MENJALANKAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

Strategi adalah sama dengan berdakwah. Ia memerlukan kebijaksaan, ketegasan, iltizam dan semangat serta tidak putus asa dalam menjalankan kerja yang mulia ini. Adakalanya daie perlu bertegas dan melakukan sesuatu yang dianggap keras bagi sesautu perkara atau terhadap segelintir orang. Adalah kerana untuk menyedarkan manusia yang sombong yang tidak mahu mendengar teguran dan nasihat yang baik. Manakala untuk golongan yang mudah dinasihati adalah dengan cara berhikmah dan nasihat yang baik.

Namun tidak diketahui strategi yang paling berkesan selain daripada melakukan amar ma’ruf nahi mungkar secara berjemaah. Ia adalah strategi yang paling baik kerana dengan berjemaah akan mempunyai kekuatan dan sokongan yang ramai.

Tuesday, November 8, 2011

BORANG ADUAN KES HISBAH

Kini boleh di dapati daripada semua AJKT, BKAN/DPM dan Unit Hisbah cawangan masing-masing, sebarang aduan kes, sila isi borang dengan lengkap dan hantar segera kepada Unit Hisbah cawangan anda.

'HISBAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA'

Thursday, October 27, 2011

Organisasi Ahli Jawatankuasa Hisbah Pusat PMRAM 2011






Ketua Hisbah
Abdul Rahman b. Aminuddin


Timbalan Ketua Hisbah I
Mustaffa b. Nor



Setiausaha
Ahmad Zuhhad Ataillah b. Abdul Rahman


Ketua Unit Penerangan
Muhammad Khairul Aiman b. Mohd Ariffin



Ketua Unit Operasi
Mohammad Adly b. Mohammad Bokhari



Timbalan Ketua Hisbah II
Siti Asmah bt. Hassan


Timbalan Setiausaha
Nur Sakinah bt. Remli


Timbalan Ketua Unit Penerangan
Nor Azura bt. Rahim


Timbalan Ketua Unit Operasi
Nurul Dayana bt. Mohd Sahid





Tuesday, October 25, 2011

Taklimat Hisbah Pusat PMRAM 2011


Kaherah,25 Oktober 2011 : Satu program tentang gerak kerja Unit Hisbah telah di adakan di Dewan Darul Iman,Asrama Rumah Terengganu pada 22 Oktober 2011 bermula jam 8.30 pagi dan di anjurkan oleh AJK Hisbah Pusat PMRAM 2011 bagi memberi penerangan seterusnya menyelaraskan gerak kerja Hisbah Pusat dan Hisbah Cawangan.

Senarai Ahli Jawatankuasa Hisbah Cawangan 2011 yang hadir

PERAK

Mohd Aliff Hadi b. Mohd Radzi (Operasi)

NorSyuhada Hashifuddin (Timbalan Pengarah)

PAHANG

Mohd Khairul Anam b. M.Aminuddin (Ketua)

Syairah Atiqah Md jani (Timbalan Pengarah)

KEDAH

Shohib Arrumi b. Said (Ketua)

Syakirah Abd Rahim (Timbalan Pengarah)

Noraisyah Abd Mat (Operasi)

Filzah Syarah Mohd Bahrin (Penerangan)

KELANTAN

Mohd Bahruddin (Ketua)

W. Mohd Anwas b. W. Abdullah (Penerangan)

Mohd Aliff Hazwan b. Elias (Operasi)

Norhaya Mustapa (Timbalan Pengarah)

Fathan Husna fauzi (Operasi)

Masruha Ismail (Penerangan)

PULAU PINANG

Mohd Hafiz b. Abdul Aziz (Penerangan)

Nor Diana Khamis (Timbalan Ketua)

TERENGGANU

Abdul Halim b. Ahmad (Ketua)

Ahmad Ailani b. Ruslanddin (Penerangan)

Mohd Riduan b. Abu Bakar (Operasi)

Nuraini Abdullah (Timbalan Pengarah)

Nasuha Husna Nordin (Operasi)

WILAYAH PERSEKUTUAN

Mohammad Adly b. Muhammad Bukhari (Ketua)

Ahmad Bushra b. Mohd Salleh (Penerangan)

Muhammad Haziq b. Hj Rosli (Operasi)

Nurhaziaatul Naim Sidek ( Timbalan Pengarah)

Nurul Hanna Mohd Bukhari (Operasi)

Asilah Khairul Anuar (Penerangan)

SELANGOR

Mohd Khairullah b. Hassim (Ketua)

Mohd Waliuddin b. Analis (Penerangan)

Mohd Bazli Badaruddin (Operasi)

Faizah Mohd Razi (Operasi)

Siti Nabilah Misnan ( Timbalan Pengarah)

MELAKA

Khairul Fadhli b. Husin ( Ketua)

Muhammad Fauzie b. Bashah (Penerangan)

Muhammad Al-Afiz b. Yahaya (Operasi)

Ahmad Muhsin b. Abdul Hamid ( AJK)

Siti Iziatulhawa Mohd Yusof (Raisah)

Siti Aisyah Saleha Zaharuddin (Timbalan Pengarah)

Suhaili Abd Shukor (Operasi)

ZAGAZIG

Dzul Nawawi b. Munawer (Wakil Ketua)

Muhd Amirul Adli b. Othman (Penerangan)

Muhaammad Hashif b. Hamzah ( Operasi)

Maisarah Mahmood (Operasi)

Ismanurul Hamizah Ishak (Pengisian)

Siti Aisyah Mohd Sanib (U.Tugas-tugas Khas)

DUMYAT

Zulfadhli b. Zakariah ( Ketua)

Mohd Fakhrul Ariff b. Madzlan ( Penerangan)

Mohd Hafizzan b. Ramli (Operasi)

SYUBRA

Che Mohd Nur Yusran b. Che Mohd Norodi ( Ketua)

TANTA

Tg. Ahmad Safwan b. Tuan Mukhtar (Ketua)

Muhammad Asyraf b. Othman ( Penerangan)

Muhammad Suffian b. Zulkifli (Operasi)

Nomaliana Safie (Timbalan Pengarah)

Nurrul Amrah Md Zan ( Operasi)

Nuradilah jami (Penerangan)

ISKANDARIAH

Mohd Khairul Nizam b. Mohd Razali (Ketua)

Sumaiyah Zakaria (Timbalan Pengarah)

Norliza Mat Salleh (Operasi)

Qudsiyyah Amanah ( Penerangan)

JAKSI

Mohd Farid b. Mohd Amin (Ketua)

Tg Fathul Aziz b. Tg Abd Muiz (Operasi)

DAMANHUR

Muhd Aiman b. Ahmad (Operasi)

AINSHAMS

Muhamad Al-Fatani (Ketua)

PERUBATAN

Wan Mohd Aminuddin b. Wan Abdullah (Operasi)

Nasibah Abu Bakar

MANSURAH

Fatanah Hamzah (Timbalan Pengarah)

Tambahan pula,program ini bermula sekitar jam 9.00 pagi – 10.00 pagi dengan Slot 1 iaitu :Perbincangan Gerak Kerja/Etika & Prosedur Hisbah yang di kendalikan oleh Ustaz Abdul Rahman b. Aminuddin ( Ketua Hisbah Pusat) dan Ustaz Adly b. Mohd Bukhari (Ketua Operasi Hisbah).Seterusnya pada jam 10.00 pagi iaitu Slot 2 Talk Show : “ Hisbah Tanggungjawab Bersama” oleh: Ustaz Nik Azran b. Mohamed,Ustaz Majdi b. Zakaria dan Ustaz Jamal Najmuddin b. Sulaiman (Moderator).Pada jam 12.00 tengahari iaitu Slot 3 (Taujihat Presiden PMRAM,Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM dan Pengarah Hisbah Pusat).

Program diteruskan lagi pada jam 1.30 tengahari selepas selesai makan tengahari dan solat zohor dengan pengisian yang terakhir iaitu MBO (Management by Objective).Program berakhir sekitar jam 3.00 petang.

Friday, October 21, 2011

Mesyuarat tertutup Ahli Jawatankuasa Hisbah Pusat PMRAM 2011


KAHERAH, 18 Oktober 2011- Mesyuarat tertutup Ahli Jawatankuasa Hisbah Pusat PMRAM telah di adakan semalam di Rumah Perak Wisma B,Hayyu Sabi’ jam 2 petang. Turut hadir di dalam perjumpaan tersebut saudara Mohd Faizzuddin b. Ghazali, Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM 2011.

Melalui perbincangan yang telah di jalankan,satu rombakan Ahli Jawatankuasa telah di buat dan jawatankuasa baru telah di bentuk bagi melicinkan dan memperkasakan lagi gerak kerja Unit Hisbah di peringkat pusat. Perlantikan baru yang dirombak tersebut adalah Ketua Unit Hisbah oleh saudara Rahman Aminuddin yang sebelum ini dipegang oleh saudara Jamal Najmuddin. Manakala Ketua Operasi dan Siasatan dipegang oleh saudara Mohd Adly Bokhari yang sebelum ini dipegang oleh saudara Ahmad Zuhhad. Begitu juga disebelah muslimat, perubahan Ahli Jawatankuasa juga berlaku rombakan yang besar.

Tambahan pula,perjumpaan tersebut di adakan bagi memperincikan lagi tugas gerak kerja bagi setiap unit supaya masing-masing dapat memahami seterusnya melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan baik. Mengambil ibrah daripada ayat al-Quran yang bermaksud “Dan hendaklah ada satu puak di kalangan kamu yang menyeru ke arah kebaikan,yang melaksanakan amar makruf dan melaksanakan nahi munkar”.

Unit Hisbah PMRAM bukan sahaja bergerak untuk mencegah perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’ bahkan ingin menyeru mahasiswa supaya sentiasa melakukan perkara-perkara kebaikan demi merealisasikan peranan sebagai seorang hamba Allah.Mesyuarat berakhir sekitar jam 4 petang.

Monday, October 17, 2011

Sistem Hisbah Pelihara Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Semua kerajaan Islam termasuk Negara Brunei Darussalam digesa supaya menubuhkan sebuah badan yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran yang dilaksanakan di bawah sistem Hisbah, yang turut mampu mencegah jenayah daripada berlaku, sebagaimana menjadi amalan di Arab Saudi sekian lamanya.

Tugas Badan Amar Ma’ruf Wa Nahy An Mungkar adalah membimbing dan menasihati orang ramai mengikuti kewajipan agama yang ditetapkan syari’at Islam dan mengajak mereka menunaikannya serta menegah daripada mungkar dengan apa-apa tindakan yang menghalang perkara haram dan ditegah oleh syara’ dilakukan atau pun mengikuti adat dan ikutan tidak elok atau bid’ah yang mungkar.

Tatkala masyarakat di Barat mula sedar akan bencana kerosakan yang melanda masyarakat mereka pada ketika ini, mereka pun menubuhkan pasukan yang dinamakan sebagai polis komuniti, yang berperanan seperti Badan Amar Ma’ruf Wa Nahy An Mungkar itu, ujar Jeneral Saad Abdullah AlArifie.

Maka jika masyarakat Barat pun sudah terpanggil untuk melaksanakan Hisbah walaupun bukan bertolak dari asas syara’, tetapi daripada keinginan mereka untuk memelihara masyarakat mereka daripada bencana kerosakan akhlak, apatah lagi masyarakat Islam yang sememangnya diperintahkan Allah berbuat sedemikian.

Firman Allah dalam Ayat 104 Surah Al-Imran yang kira-kira bermaksud, “Hendaklah ada di kalangan kamu sekumpulan yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh melakukan perkara yang elok dan mencegah daripada melakukan perkara mungkar, mereka itulah sebenar-benarnya golongan yang berjaya.”

Menurut pembentang kertas kerja “Sistem Hisbah dan Kesannya dalam Memelihara Matlamat dan Tujuan Syara” itu, kerajaan Arab Saudi sebagai satu-satunya kerajaan di dunia ini yang melaksanakan syariat Islam secara umumnya dan melaksanakan amar ma’ruf dan nahy mungkar secara khususnya.

Melalui Badan Amar Ma’ruf Wa Nahy An Mungkar di bawah sistem Hisbah itu Arab Saudi mendapat kesan yang begitu besar iaitu keamanan dan kestabilan negara serta berjaya mengawal rakyatnya daripada melakukan perkara buruk yang melanda kebanyakan negara di dunia, tambahnya.

“Badan itu mempunyai pengaruh besar terhadap warga Arab Saudi yang boleh menjadi contoh ikutan bagi dunia Islam lain dalam memelihara segala urusan keagamaannya, antaranya memelihara maruah dan melindungi akhlak kaum Muslimin dengan memerangi segala yang tidak elok dan menyemarakkan segala yang baik.”

Menurutnya lagi dalam Seminar Antarabangsa Perundangan Islam itu, badan berkenaan menghalang pergaulan dan percampuran bebas, mendedahkan aurat dan mempamerkan hiasan kecantikan, mengawasi sekolah-sekolah perempuan dan pasar, menghalang para belia dari melepak di pasar raya dan mengekori wanita.

Contoh paling ketara, menurutnya, adalah sewaktu pelawat dari negara lain sama ada Islam atau bukan Islam datang, mereka akan menyaksikan apabila tiba waktu solat, maka semua kedai dan premis perniagaan akan ditutup, dan semua orang akan ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah.

“Begitu juga mereka akan melihat bahawa tidak terdapat sebarang gejala lain yang merosakkan tatasusila Islam atau yang bercanggah dengan ajaran Islam yang suci, mereka tidak akan temui panggung wayang, tempat perjudian, tempat menjual arak, pendedahan aurat dan memperagakan diri oleh wanita, dan tempat pergaulan bebas lelaki dan perempuan.”

Indahnya lagi menjelang Ramadhan setiap tahun, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat keliling menyeru setiap anggota masyarakat yang bukan Islam supaya jangan makan dan minum secara terang-terangan di depan orang Islam, menutup kedai makan dan minum, serta tidak boleh menghidangkan makanan di siang hari.

Menurut pembentang dari Arab Saudi itu lagi, disebabkan pelaksanaan Hisbah itu tergendala di kebanyakan masyarakat Islam, maka pengertian Hisbah dan kefahamannya dilupakan sehingga ia seolah-olah menjadi suatu yang baru dalam masyarakat Islam.

Beliau menerangkan, Hisbah adalah menyuruh berbuat kebaikan apabila nyata ia ditinggalkan atau tidak dilakukan dan melarang daripada mungkar apabila nyata perbuatan itu dilakukan serta merapatkan hubungan antara manusia. Ia adalah satu jawatan keagamaan dari bab menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran.

Sistem Hisbah adalah satu aspek amali dan pelaksanaan sebenar bagi amalan “menyuruh kepada kebaikan dan menegah dari kejahatan” yang bukan saja penting bagi pembangunan dan kemajuan umat, tetapi juga merupakan tapak yang menjadi asas bagi mendirikan Rukun Islam dan menzahirkan syiarnya.

“Hisbah bukan saja antara cara terpenting membentuk masyarakat ke arah keamanan dan kedamaian tetapi juga menjadi langkah yang dapat menghalang jenayah daripada berlaku, tonggak kepada keamanan masyarakat dan bahtera kepada keselamatan umat ini.”

Hisbah adalah satu bentuk jaminan sosial dalam sistem kemasyarakatan Islam. Jika zakat dan sedekah menjadi jaminan sosial di sudut kebendaan, maka Hisbah adalah merupakan jaminan sosial di sudut moral.

Ia menjadi pagar pelindung daripada segala keburukan dan bahaya yang boleh mengancam binaan masyarakat berkenaan, bahkan ia menjadi kumpulan yang bekerja untuk menghalang berlakunya kerosakan serta membetulkannya jika berlaku, katanya.

Sumber : Harian Metro

Pengakuan Berani Mati Mengenai Aurat Wanita

Tuesday, September 20, 2011

RIBAT PMRAM : Infiniti Kekuatan Umat Islam


KAHERAH, 20 Sept - Lajnah (Unit) Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM akan menganjurkan RIBAT PMRAM atau Solat Subuh Berjemaah dan Tazkirah Fikrah Subuh di Dataran Hayyu Asyir pada 22 September 2011 iaitu pada hari Khamis.

RIBAT adalah susulan solat subuh berjemaah diperingkat PMRAM yang telah diadakan sebanyak 3 bulan berturut-turut sebelum ini iaitu dengan Tazkirah Fikrah oleh Syeikh Mohd Mujahid Sikh Nawawi Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM, Abdul Malik Abdul Karim Penasihat PMRAM dan Mohd Faizzudin Ghazali Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM.

"Tazkirah Fikrah yang ditekankan adalah isu semasa dan ummat Islam selain indikator kekuatan generasi pemuda dalam membawa risalah Islam. Selain itu, solat subuh berjemaah adalah penanda aras kekuatan umat Islam yang merupakan ujian kepada segala kekuatan." ujar Mohd Faizzudin Ghazali yang merupakan Naib Presiden I.

RIBAT pada hari Khamis ini akan bermula jam 3.45 pagi dengan solat Tahajud, solat sunat Subuh, solat Subuh dan pengisian Tazkirah oleh Ahmad Ulwan Hashim Exco Keluarga Penuntut Terengganu (KPT).

PMRAM menyeru kepada seluruh ahli-ahli PMRAM untuk turun pada pagi tersebut untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Sunday, September 18, 2011

Peranan : Tuntutan & Pelaksanaan HISBAH


PERANAN HISBAH : TUNTUTAN DAN PELAKSANAAN HISBAH

Hisbah adalah tututan syarak berpandukan kepada ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah nabawiyyah. Semua ayat-ayat al-Quran yang menyentuh soal amar makruf dan nahi mungkar.merupakan dalil bahawa hisbah disyariatkan dan dituntut oleh syarak.

Al-Quran sebenarnya mengetengahkan soal hisbah dalam pelbagai bentuk. Kadangkala dalam bentuk perintah dan kadangkala dengan cara menjadikan hisbah ini sebagai sifat wajib bagi seorang mukmin atau sebagai faktor yang membawa kebaikan umat Islam.

Al-Quran juga meletakkan matlamat untuk memperolehi kuasa dan pemerintahan di muka bumi ini ialah untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar. Mengabaikan soal ini menjadi punca manusia menerima laknat Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.

Surah Ali ‘Imran, ayat :104

Dan firman Allah SWT yang lain bermaksud:

“Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan”.

Surah Taubah, ayat :71

Hisbah atau amar makruf dan nahi mungkar, boleh dilihat dari dua sudut iaitu dari sudut tuntutan dan sudut perlaksaannya:

1.Sudut tuntutan: Hisbah merupakan fardhu kifayah di mana jika ada sebahagian umat Islam telah melaksanakannya bermakna umat Islam yang lain terlepas daripada menanggung dosa. Namun jika tiada seorangpun yang melaksakannya bermakna semua umat Islam yang berkemampuan akan menanngung dosa. Walau bagaimanapun, hisbah menjadi fardhu ain bagi individu yang dilantik untuk melaksanakan tugas ini. Bagi muslim yang tidak wajib melaksanakannya, hisbah menjadi sunat. Malah dalam keadaan tertentu hisbah boleh m,enjadi haram.

2.Sudut perlaksanaan: Hisbah ini sendiri menurut sesetengah ulamak adalah wajib atau sunat bergantung kepada perkara yang disabitkan dengannya. Jika perkara tersebut membabitkan perkara yang wajib atau perkara haram, hisbah ketika itu adalah wajib sama ada fardhu ain atau fatdhu kifayah. Jika perkara tersebut membabitkan perkara sunat, ketika itu adalah sunat. Sesetengah ulamak pula menyatakan hisbah adalah wajib dalam semua perkara.

Hisbah mempunyai peranan yang amat besar dalam Islam kerana hisbah bertujuan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia melakukan kejahatan. Peranan ini merupakan salah satu sifat utama Rasulullah SAW sebagaimana yang dinyatakan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji”.

Surah Al-A’raf, ayat: 157

Hikmah di sebalik perlaksanaan hisbah amat jelas kerana apa sahaja yang berkaitan dengan dakwah Islamiyah merupakan sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan amar makruf dan nahi mungkar. Selain itu, hisbah bukan sahaja akan dapat menyelamatkan manusia daripada azab Allah malah akan menyebabkan Allah menurunkan rahmatNya. Dengan kata lain, dosa adalah suatu cara mendidik, menghukum atau menghapuskan mereka. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Dan apa juayang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosakamu”.

Surah As-Shura, ayat: 30

Jadi kekukufuran, kefasikan dan kemaksiatan adalah punca segala musibah atau malapetaka. Mungkin hanya seorang atau segelintir sahaja yang melakukan dosa ini, namun oleh kerana masyarakat hanya berdiam diri tidak menyuruh mereka melakukan kebaikan atau melarang mereka daripada melakukan kemungkaran, masyarakat ini juga berdosa dan patut menerima musibah. Sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila manusia melihat sesuatu kemungkaran tetapi tidak cuba mengubahnya nescaya Allah akan azabkan mereka semua kerana kemungkaran itu”.

Menderhakai Allah adalah punca segala musibah dan azab sementara mentaati Allah adalah punca manusia memperolehi nikmat, kesenangan dan keredhaan Allah. Ini adalah sunnah Allah dan firman Allah yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu”.

Surah Ibrahim, ayat: 7

Sumber :
Kitab Usul Dakwah, Dr Abdul Karim Zaidan.